Sabtu, 2 Jun 2018

Kesan suhu ke atas kadar tindak balas



 Tujuan:  Untuk mengkaji kesan suhu ke atas kadar tindak balas. 

 Pernyataan masalah: Bagaimana suhu mempengaruhi kadar tindak balas tindak balas? 

Hipothesis: Semakin tinggi suhu, semakin cepat kadar tindak balas.

 Pembolehubah:

»Pembolehubah dimalarkan : Kepekatan dan isipadu bahan tindak balas
»Pembolehubah dimanipulasikan: Suhu
»Pembolehubah bergerakbalas: Kadar tindak balas

Bahan: 
» 
0.1mol dm-3 Natrium tiosulfat
» 1.0 mol dm-3
 Sulphuric acid

Radas:
» Kon kelalang
» Termometer
» Silinder penyukat
» Jam randik
» Kasa dawai
» Penunu Bunsen
» Kertas turas
» Tugu kaki tiga
Prosedur:


1.50cm3 0.1mol dm-3 natrium tiosulfat diukur dengan silinder penyukat dan dituang ke dalam kelalang kon.
2.Suhu larutan natrium tiosulfat direkodkan.
3.Satu tanda 'X' dilukis di tengah-tengah kertas turas. Sebuah kelalang kon yang mengandungi larutan natrium tiosulfat diletakkan di atas kertas turas yang ditandakan.
4.5cm3 1.0mol dm-3 asid sulfurik diukur dengan mengukur silinder penyukat.
5.Asid sulfurik ditambah dengan cepat ke dalam kelalang kon yang mengandungi larutan natrium tiosulfat. Jam randik dimulakan pada masa yang sama.
6.Larutan di dalam kelalang kon digoncang dengan perlahan-lahan.
7.Jam randik diberhentikan apabila tanda 'X' tidak kelihatan lagi dari atas.
8.Masa yang diambil untuk tanda 'X' hilang direkodkan.
9.Eksperimen diulangi dengan menggunakan suhu yang berbeza.
Keputusan:

Isipadu sodium tiosulfaat (cm3)Isipadu asid sulfurk (cm3)Suhu larutan (°C)Masa, t (s)1masa (s-1)
50528330.030
50535240.042
50540190.053
50545160.063
50550140.071
Perbincangan:


Larutan natrium tiosulfat bertindak balas dengan asid hidroklorik untuk membentuk mendakan sulfur secara perlahan-lahan seperti yang ditunjukkan dalam persamaan berikut:
Na2S2O3(aq) + H4SO4(aq) → Na2SO4(aq) + H2O(l) + SO2(g) + S(s)
Masa yang diambil untuk pemendakan sulfur digunakan untuk menentukan kadar tindak balas.

 Graf suhu melawan masa.
Berdasarkan graf suhu melawan masa, dapat diperhatikan bahawa apabila suhu natrium tiosulfat bertambah, masa yang diperlukan untuk tanda 'X' hilang berkurangan.
Ini bermakna apabila natrium tiosulfat mempunyai suhu yang lebih tinggi, kadar tindak balas akan bertambah juga.

Graf suhu melawan  1masa
Graf suhu melawan  1masa ialah garis lurus. Ini bermakna bahawa suhu natrium tiosulfat berkadar terus dengan  1masa.
Semakin tinggi suhu bahan tindak balas, semakin tinggi adalah kadar tindak balas. Menurut teori, apabila suhu bertambah sebanyak 10 °C, kadar tindak balas akan meningkat dua kali ganda.
  Kesimpulan:


Semakin tinggi suhu, semakin cepat kadar tindak balas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan