Sabtu, 2 Jun 2018

Mengkaji kesan sentuhan logam lain terhadap pengaratan besi


Tujuan
Mengkaji kesan pada paku besi apabila ia bersentuhan dengan logam-logam lain


Pernyataan Masalah
Apakah kesan logam-logam lain ke atas pengaratan besi?


Hipotesis
Pengaratan paku besi lebih lambat jika paku besi bersentuhan dengan logam yang lebih elektropositif.
Pengaratan paku besi lebih cepat jika paku besi bersentuhan dengan logam yang kurang elektropositif


Pembolehubah
Dimanipulasikan                : Logam yang bersentuhan dengan paku besi
Bergerak balas                   : Pengaratan besi
Dimalarkan                          : Saiz paku besi / Kepekatan elektrolit


Bahan
Paku besi, Pita Magnesium, Kepingan kuprum, kepingan zink, larutan kalium heksasianoferat(III), penunjuk fenoltalein


Radas
Tabung uji, Rak tabung uji, kertas pasir
 
Eksperimen Mengkaji kesan pada paku besi apabila ia bersentuhan dengan logam-logam lain



Prosedur
1.      Paku besi, pita magnesium, kepingan kuprum dan kepingan zink dibersihkan dengan menggunakan kertas pasir.
2.      Paku besi yang dililitkan dengan pita magnesium dimasukkan dalam tabung uji A, paku besi yang dililitkan dengan kepingan kuprum dimasukkan dalam tabung uji B, paku besi yang dililitkan dengan kepingan zink dimasukkan dalam tabung uji C dan Paku besi dimasukkan dalam tabung uji D.
3.      Larutan agar-agar yang dicampurkan dengan larutan kalium heksasianoferat(III) dan larutan fenoltalein dituang ke dalam tabung uji A, B, C dan D.
4.      Tabung uji dibiarkan di rak tabung uji selama 2 hari.
5.      Pemerhatian terhadap perubahan warna dicatat dan dibandingkan. 



Pemerhatian / Taburan Data


Tabung Uji

Pasangan Logam
Pemerhatian
Tompok Biru Tua
Keamatan warna merah jambu
Gelembung gas
A
Paku besi dan pita magnesium
Tiada
Tinggi
Banyak
B
Paku besi dan kepingan kuprum
Banyak
Rendah
Sedikit
C
Paku besi dan kepingan zink
Tiada
Tinggi
Banyak
D
Paku besi sahaja
Sedikit
-
-


Analisis
1.      Larutan heksasianoferat(III) berfungsi untuk mengesan kehadiran ion Fe2+
2.      Paku Tabung uji D terkakis sedikit
3.      Paku Tabung uji A dan C tidak terkakis 

a.     Kerana Magnesium dan Kuprum lebih elektropositif daripada Besi.
b.     Magnesium dan Kuprum akan terkakis (korban)    
      4.   Paku Tabung uji B terkakis paling banyak
a.     Kerana besi lebih elektropositif daripada Kuprum


Kesimpulan
1.      Pengaratan besi lebih lambat jika paku besi bersentuhan dengan logam yang lebih elektropositif (Magnesium)
2.      Pengaratan besi lebih cepat jika paku besi bersentuhan dengan logam yang kurang elektropositif (Kuprum) 



Perbincangan
1.      Logam perlu dibersihkan dahulu bagi membuang lapisan oksida
2.      Keamatan merah jambu paling tinggi pada magnesium. Ion hidroksida daripada air bergabung dengan ion ferum(II) semasa pembentukan karat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan